Friday, August 19, 2011


PINDAAN AKTA SEWA-BELI 1967
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai 15 Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:
Peranan Penyewa (Pengguna)
1. Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
2. Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
3. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
4. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
5. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
6. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
7. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.
Hak Penyewa (Pengguna)
1. Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian
2. Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang ditandatangani
3. Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada pemunya (jika ada)
4. Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek. 4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual
5. Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian
6. Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula milikan
7. Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil milikan oleh pemunya
8. Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14 hari dari tarikh tersebut.
9. Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya
10. Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh pemunya
11. Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.
12. Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran yang sepatutnya
13. Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada)
Peranan Pemunya (Bank)
1. Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan butiran maklumat
2. Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara bertulis
3. Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir
4. Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
5. Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari
6. Tidak boleh mengutip fi tempahan melebihi 1% daripada harga tunai barang
7. Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan
8. Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan
9. Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal untuk aktiviti pengambilan semula milikan
10. Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
11. Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah bagi caj-caj terma
12. Telah member Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di bawah Peraturan
13. Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan
14. Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah
Hak Pemunya (Bank)
1. Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
2. Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat tempat barang diambil
3. Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual Kelima diberikan kepada penyewa
4. Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi daripada harga tunai barang tersebut
5. Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
6. Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
1. – Melakukan pelupusan secara fraud
2. – Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
3. – Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
7. Berhak mengutip deposit minimum:
1. – 10% secara tunai termasuk fi tempahan
2. – Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang
Peranan Penjamin
1. Menjadi penjamin kepada penyewa
2. Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli
3. Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan
Hak Penjamin
1. Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa
2. Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh pemunya atas jaminan
3. Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa Beli
Hak Penjual
1. Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada tempahan
Dipetik dari catitan:

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).
Deivigarani Krishna

Saturday, October 23, 2010

Al-kisah sebuah "Deal Kencing"

Kisah ini anatara yang pernah terjadi.. yang saya petik dari blog seseorang:

Nak kongsi cerita sikit: Hari ini ada customer beritahu aku yang dia pernah cuba buat loan melalui seorang salesman..tapi kaki kencing..Modus Operandi mamat ni sama aja dari mula belajar menipu sampai sekarang. Dahlah muka tak hensem perangai pun sama tak hensem.Tapi mulut memang manis.

a) Jumpa pelanggan..
b) Masa ambil document terus minta downpayment (minta booking pun masuk akal lagi)
c) Bila tak dapat dia tunggu beberapa hari dia telefon customer kata loan dah lepas terus minta downpayment (ikut suka hati makpak dia)

Memanglah kerja salesman buat permohonan pinjaman kereta bagi pihak pelanggan tapi yang meluluskan pinjaman adalah pihak bank. Kita sendiri pun tak tahu berapa jumlah loan bank boleh beri.Cuma bila berurusan dengan pelanggan kita nyatakan kehendak(requirements) bank untuk permohonan pinjaman kereta dan bagaimana untuk membantu pelanggan mendapatkan jumlah pinjaman yang di kehendaki. Kita juga akan brief pelanggan akan cara pemerosesan pinjaman setiap bank walaupun sama tetapi agak berlainan dari bank ke bank. Walaubagaimanapun, untuk meluluskan pinjaman pihak bank ada kriteria2 tertentu serta polisi dalaman yang patut di patuhi.

TIADA LESEN. Hanya Ambank dan Bank Rakyat (potongan angkasa) aja yang boleh memproses permohonan tersebut. Tapi kena sertakan lesen seorang ahli keluarga. Tetapi selepas pinjaman lulus semasa sign agreement hendaklah sertakan dua keping gambar ukuran passport.

Nasib customer ni baik. Olehkerana curiga dia tak bagi duit yang mamat penipu ni minta masa ambil document.. Sebabnya loan belum buat macam mana nak bayar downpayment -- atas dasar apa??? Tapi atas dasar semangat yang berkobar2 nak CEKAU jugak duit orang....mamat penipu ni minta lagi kononnya loan dah lepas kat Maybank. Nasib customer ni baik lagi. Sikap beliau yang berhati2 menyelamatkan beliau dari tertipu. Nak tau kenapa??? Bank pun tak call lagi macam mana tetiba jer loan boleh lulus. Agaknya mamat penipu besar ni ingat customer ni boleh di perkotakkatekkan. Lagipun.........Maybank tak proses loan peminjam yang tak ada lesen. Jangan mimpi laa.Boleh jadi ilmu mamat ni belum cukup lagi.

Jangan lupa minta salinan LETTER OF UNDERTAKING (LOU) untuk mengesahkan kesahihan jumlah pinjaman. Tapi lagi baik jika fon bank terus untuk confirm jumlah tersebut.

Nasihat saya kepada para2 pelanggan urusan bayaran buatlah di showroom sahaja ATAU segala pembayaran Cheque atas nama Syarikat ATAU tranfer akaun ats nama Syarikat..Itupun ada jugak yang terkena. Entahlahhhhhhhhhhhh.

SEMOGA KARIER SEORANG SALESMAN atau JURUJUAL KERETA atau SALES ADVISOR atau SALES CONSULTANT TIDAK DI SALAH ANGGAP OLEH MASYARAKAT KERANA KAMI YANG JUJUR DAN AMANAH PERLU MENCARI REZKI YANG HALAL UNTUK MENANGGUNG KELUARGA.

Wednesday, October 20, 2010

BOLIH TRADE-IN KE...?

Apa susah sangat nak jual (trade-in) kereta sendiri..? Pegi mana-mana used-car, tanya diaorang brapa brani ambek... Awak "ngek ngok" la dgn dia..mintak lebih ke... Lepas tu, cuba tanya tempat lain..tengok, lebih kurang sama tak...

Slalu nya kalau dah akan-akan sama, tu lah value nya.. apa pening-pening nak cari lagi tinggi..?

**tapi selalu nya.. yang mintak tinggi-tinggi sangat ni kan.. sebab loan yang masih banyak... dulu masa nak beli kereta baru, tak nak kluar down payment..nak full loan.. tu lah keburukan nya.. nak trade-in aje.. loan lebih tiggi dari value..**

Masa kat used car jangan pulak awak sibuk bagitau "ini kereta tip-top la..baru tukar enjin la.." Tu bukan cara diaorang buat valuation...Yang perlu utk diaorang ialah: Enjin asal, warna asal tak pudar, body tak kemek-kemek, Enjin tak rosak. Kalau waktu valuation ada antara barang yang 'rosak' diaorang akan tolak dari value yang asal.

Aha... kalau nak jual sendiri bolih jugak.. tampal notis kat cermin blakang., mana tau ada yang terpandang dan teringin..

Kalau dah malas sangat nak buat semua tu..bolih la guna khidmat salesman..
"Memang kkdang ada customer yang tanya "ada kelisa second hand tak?"... tu kebetulan je.. kalau tak salesman pun akan cari used car jugak..

Tapi kena pastikan, segala urusan trade-in dengan salesman difollow up setiap minggu sehingga urusan tukar nama diJPJ atau Full Settlement dengan pihak bank... Tengok sendiri resit / surat yang perlu..

Monday, October 18, 2010

"Saya, loan takde masalah"...

"Saya , loan , no prblem.." "Loan boleh lepas ke..?"
Ini antara cakap-cakap customer dgn salesman...

Keje salesman bukan luluskan loan.. salesman boleh crita , rekomen aje....
bank yg punya kuasa mutlak utk luluskan loan.. kalau tak lulus tu cari lah alternatif lain.. mesti ada sebab..
Selalu nya, salesman bagi cara macamne nak buat..so customer kena dengar la..

Tapi customer kena terus terang dgn salesman sebelum submit loan.. Cerita elok-elok kalau ada CCRIS ke.. CTOS ke.. blacklist ke... payment sangkut ke.. ini semua penting untuk salesman buat analisa awal...sebab bank-bank ni ada kreteria-kreteria yang sikit berbeza..
Jangan la cakap "Ooo..saya loan takde masalah..." tengok-tengok... credit card sangkut.. keta kancil sangkut.. macamane............?
Satu lagi.. contoh kita anta loan kat Bank A, tapi tak lulus.. lepas tu kita anta Bank B.. jangan tak tau.. Bank B pun dapat trace yang loan ni penah masuk kat Bank A.
Saya ulang...jangan lupa ! terus terang dengan salesman..
Kepada salesman pulak, kena jugak diingatkan, segala maklumat / dkmen adalah confidential..jangan lah dijaja. Kalu ternampak ada salesman camni , jangan beli dgn dia...takde etika ni namanya..

MANA ADA SALESMAN YANG SAJA-SAJA TAK NAK BAGI LULUS LOAN...? HILANG AKAL APE..? SALESMAN HIDUP DGN KOMISYEN.. TAK LULUS KALU..MISS SYORUU...